Perjalanan.

“Tujuan Hidup Yang Terlupa.”

Manusia telah melakukan banyak perjalanan sepanjang waktu.

Dari satu negeri kita bermusafir ke negeri yang lain.

Dari satu negara kita mengembara melihat negara yang lain.

Tapi, ada satu perjalanan yang tak pernah dilakukan oleh sesiapa pun.

Tidak ada sesiapa pun.

Kecuali seorang insan istimewa ini.

Dalam kenderaan yang tak pernah dinaiki sesiapa pun.

Melewati jalan yang tak pernah dilalui oleh sesiapa pun.

Menuju tempat yang tak pernah diinjak oleh sesiapa pun.

Itulah perjalanan terulung kekasih-Nya Muhammad Rasulullah saw ke syurga tertinggi.

“Isra’ mikraj”.

Pada perjalanan itu Allah membawa Rasul tercinta ke langit ketujuh.

Tempat yang bahkan tidak dapat dimasuki oleh malaikat Jibril.

.

Dalam banyak-banyak perintah.

Perintah ini paling terpenting.

Allah mahu berbicara sendiri secara langsung dengan Baginda saw mengenai perintah solat.

“50 kali sehari semalam.”

Subhanallah.

Bayangkan kalaulah Nabi saw tidak ‘tawar-menawar’ dengan Allah untuk mengurangkan menjadi 5 waktu.

Apakah kita mampu??

Tidak.

Tetapi itulah intinya.

Itulah gambaran tujuan hidup kita sebenarnya.

Untuk beribadah pada-Nya, sepenuhnya.

.

Namun ramai orang menjalani kehidupan ini sebaliknya.

Hidup tidak berputar mengikut waktu solat.

Menjadikan solat bukan kerja yang paling utama atau terpenting.

Skop kerja di dunia menjadi yang pertama.

Solat menjadi yang kesepuluh ataupun yang terakhir.

‘Solat seperti tidak solat’.

‘Solat hanya di akhir waktu’.

‘Solat tidak mengapa boleh diqada”

Hingga akhirnya solat tinggal menjadi ritual yang tidak ada ‘jiwa’ dan tiada ‘rasa’.

Hilang semua rasa cinta.

Hilang komunikasi terpenting dengan Rabbnya.

Hilang jiwa seorang hamba. Khusyuk, tunduk, khudu’ yang sepatutnya.

Terhakis dengan terpenuhi kelalaian dan keasyikan pada fana dunia.

Akhirnya hati sakit dan merana, tiada rasa bahagia walau senyuman terukir di bibir menjadi lakonan semata.

.

Iman bukan sekadar kata-kata.

Bahkan dibuktikan dengan amal perbuatan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solat.

Jika solatnya baik, akan baik pula seluruh AMALNYA.

Jika solatnya rosak, akan rosak pula seluruh amal perbuatannya.”

(HR. Tirmidzi)

“Kita memberi makan tubuh kita, kerana jika tidak kita akan mati.

Tapi begitu banyak orang yang membiarkan jiwanya kelaparan.

Lupa bahawa jika kita tidak mengerjakan solat, jiwa kita akan mati.

Dan ironinya, tubuh yang kita rawat bersifat sementara, sedangkan jiwa yang kita abaikan justeru bersifat abadi.”

-Yasmin mogahed-

*Salam Isra’ Mikraj*